Permohonan IPG (PISMP) Tahun 2019 - Kerjaya Harian • Jawatan Kerajaan / Swasta 2019

Breaking

Thursday, March 14

Permohonan IPG (PISMP) Tahun 2019





Permohonan IPG (PISMP) 2019 Untuk Calon Guru Lulusan SPM Kini di Buka.

Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2019 Lepasan SPM Di Buka Seluruh Negara. Bagi calon lepasan SPM yang ingin membina kareer sebagai guru, anda boleh memohon kemasukan ke PISMP 2019.

Maklumat Permohonan PISMP 2019

Permohonan Guru IPG PISMP 2018 akan di buka pada 19 Mac 2018 sehingga 25 Mac 2018. Rujuk iklan permohonan di bawah:

Terdapat beberapa syarat umum yang perlu dipenuhi pelajar antaranya:
  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2014 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1994.
  • Calon mesti sihat tubuh badan.
  • Calon mesti aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Calon mendapat gred cemerlang Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Calon mesti mendapat sekurang-kurangnya gred kepujian (kredit) dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Lulus Bahasa Inggeris
  • Lulus satu subjek lain
Calon memenuhi syarat bidang pengkhususan (Rujuk Syarat Bidang Pengkhususan dalam permohonan online).

Cara Memohon Online

Kemasukan ke program ini disiarkan dalam surat khabar tempatan setiap tahun.

Permohonan ke program PPISMP boleh dilakukan secara online menerusi portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia di www.moe.gov.my.

Pemohon perlu mendapatkan maklumat mengenai pengkhususan, syarat kemasukan dan kalendar akademik sebelum memohon. Hanya SATU permohonan dibenarkan untuk setiap pemohon. Permohonan yang tidak lengkap ataupun mengandungi maklumat palsu tidak akan diterima.

Calon yang dipanggil untuk temuduga perlu menduduki peperiksaan Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK).

Calon haruslah menanggung sendiri segala perbelanjaan semasa menghadiri temuduga.

Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya hanya akan diberikan semasa calon melaporkan diri di Institut Pendidikan Guru yang telah ditetapkan.



Sila rujuk laman sesawang yang ada pada poster di atas untuk maklumat lanjut .