Nak Apply Kerja? Ini 7 Tips Untuk Mohon Pekerjaan. - Kerjaya Harian • Jawatan Kerajaan / Swasta 2019

Breaking

Sunday, April 7

Nak Apply Kerja? Ini 7 Tips Untuk Mohon Pekerjaan.

Anda nak mencari kerja tapi tidak tahu apa-apa tentang persediaan yang perlu anda buat sebelum memohon perkerjaan tersebut? Sini terdapat beberapa langkah yang boleh anda ikuti semasa proses permohonan kerja.

1.  Mengetahui tentang maklumat pekerjaan yang anda cari


Perkara paling pertama yang patut anda tahu adalah mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkerjaan yang sesuai dengan anda. Beberapa perkara yang perlu anda ambil tahu adalah seperti berikut :

i) Apa peluang pekerjaan yang boleh anda ceburi berdasarkan bidang anda.

ii) Apakah kelayakan dan kemahiran yang diperlukan untuk mohon pekerjaan ini dan adakah anda memenuhi kriteria tersebut?

iii) Syarikat manakah yang menawarkan pekerjaan yang sesuai dengan anda?

maklumat berkenaan boleh didapati dalam laman web rasmi mereka atau portal pencarian kerja seperti Kerjayaharian.com

2. Resume & cover letter



Apabila memohon pekerjaan, resume dan cover letter adalah perkara yang sangat penting. Kebanyakan majikan sering menyenarai pendek calon-calon bedasarkan resume dan cover letter. Untuk cover letter, ia hendaklah ditulis dengan formal dan teliti kerana resume anda tidak akan bernilai jika cover letter yang dihantar tidak cukup bagus. Di samping itu, resume anda juga perlu ada kelainan yang unik dari calon yang lain dari segi penampilan dan isi kandungan. Beberapa perkara yang boleh diambil kira sebelum menghantar resume kepada majikan yang berkenaan adalah :

i) Kemas kini resume anda – Setiap perkara seperti pencapaian dan kerja sambilan perlu dikemas kini agar dapat meningkatkan peluang untuk dipilih oleh majikan.

ii) Senarai dan utamakan kemahiran yang berkaitan dengan pekerjaan yang bakal dimohon.

iii) Sediakan nama dan nombor telefon individu yang boleh dirujuk untuk mengesahkan kemahiran dan personaliti anda.

3. Media sosial



Dengan adanya internet, maklumat boleh didapati di hujung jari Sama juga dengan maklumat tentang diri anda terutamanya di media sosial seperti Facebook, Twitter, Telegram & Instagram. Media sosial membolehkan sesetengah majikan menilai calon-calon mereka dengan mudah. Oleh itu, anda perlulah sentiasa mengawasi aktiviti anda di media sosial.

4. Permohonan Kerja



Permohonan kerja boleh dilakukan melalui pelbagai cara. Anda mempunyai pilihan sama ada untuk menghantar resume dan cover letter melalui laman portal kerja, ataupun terus kepada email rasmi syarikat yang berkenaan. Di samping itu, anda juga boleh mengunjungi pesta kerjaya seperti Program Temuduga Skim 1 Malaysia untuk bertemu dengan wakil daripada pelbagai syarikat Apapun,

5. Persiapan sebelum temuduga 



Persiapan sebelum sesi temuduga adalah sangat penting. Anda hendaklah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengenal pasti soalan-soalan yang sering ditanya sewaktu temuduga. Dengan persediaan awal, keyakinan diri anda akan meningkat dan ini akan memudahkan anda untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Selain itu, anda juga perlu menyediakan beberapa soalan yang relevan untuk ditanyakan kepada majikan. Anda boleh kemukakan soalan-soalan mengenai objektif syarikat, gaya pengurusan dan kepimpinan, ekspektasi dan sebagainya.

6. Temuduga 



Semasa temuduga, anda haruslah menunjukkan kepada majikan bahawa anda adalah pekerja yang patut diterima. Majikan dapat menilai calon menerusi tingkah laku dan cara percakapan mereka. Antara perkara yang harus dilakukan :

i) Harus berpakaian kemas. Ingat, cara berpakaian anda memainkan peranan yang penting untuk majikan.

ii) Harus tiba sekurang-kurangnya 10 minit awal dari masa yang ditetapkan.

iii) Sediakan dokumen-dokumen yang penting seperti resume, cover letter dan sijil yang berkaitan.

iv) Sediakan sebab kenapa anda membuat keputusan untuk memilih syarikat dan memohon jawatan tersebut.

7. Tawaran Kerja 



Selepas sesi temuduga (1-2 minggu), jika anda yang masih menunggu jawapan daripada majikan, anda disarankan untuk menghantar ‘follow up’ email kepada mereka bertanyakan tentang status permohonan anda. Tapi ingat, ‘follow up’ email anda mestilah ditulis dengan formal.

Bagi anda yang ditawarkan pekerjaan, anda patut bangga dengan diri anda kerana bukan senang untuk capai ke tahap ini. Selepas mendapat tawaran kerja, perkara yang patut anda buat adalah menyemak semua butiran dokumen yang diberikan oleh majikan. Pastikan anda memahami dokumen dengan jelas sebelum menandatanganinya.

Bersedia untuk mencari kerja? Apa yang anda tunggu lagi? Ribuan jawatan kosong daripada pelbagai bidang sedang menunggu anda. Mohon sekarang!