Pembayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Pertama




Semakan Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 (Bujang dan Keluarga)

Anda boleh membuat semakan status permohonan serta pembayaran Bantuan Sara Hidup dengan melayari portal semakan yang telahpun disediakan oleh kerajaan.

Klik butang di bawah untuk masuk ke dalam sistem my bsh online dan membuat semakan status rayuan. Log masuk dengan pergi ke BSH Login.



Status pembayaran akan dipaparkan selepas anda membuat semakan.




TARIKH PEMBAYARAN 

Tarikh pembayaran fasa pertama: 20 JANUARI 2020 RM300 hanya untuk kategori keluarga.
Untuk bujang dan OKU, pembayaran akan dilakukan sekali pada Fasa 2.

Jumlah Pembayaran BSH 2020 Bujang dan Keluarga

Berikut adalah jumlah keseluruhan pembayaran:
  • RM1000 – Pendapatan isi rumah RM2000 dan ke bawah.
  • RM750 – Pendapatan isi rumah RM2001- RM3000
  • RM500 – Pendapatan isi rumah RM3001 – Rm4000

Tambahan RM120 bagi setiap orang anak berumur 18 tahun dan ke bawah. Ianya terhad kepada 4 orang. Kecuali bagi anak yang OKU, ianya tiada had umur.

Semakan Lain

Bagi BSH Bujang pula: 

  • Pembayaran RM300 bagi golongan bujang berpendapatan kurang dari RM2,000.
  • OKU: RM300 bagi OKU berumur 18 tahun ke atas dengan pendapartan kurang dari RM2,000.

Kami mengucapkan selamat membuat semakan BSH 2020 Bujang dan keluarga (isi rumah). Semoga sedikit sebanyak wang yang diberikan dapat mengurangkan beban kepada anda.


Post a Comment

0 Comments