Tarikh Terima Bayaran BSH Fasa 2 (Mac) ~ Tambahan BSH RM150 Seorang - Kerjaya Harian

Breaking

Tuesday, March 3

Tarikh Terima Bayaran BSH Fasa 2 (Mac) ~ Tambahan BSH RM150 Seorang


Berikut merupakan tarikh bayaran BSH fasa 2 yang diawalkan dari bulan Mei ke bulan Mac 2020.

Selain itu, setiap penerima akan mendapat dana tambahan sebanyak RM100 secara tunai dan RM50 secara e-tunai yang akan dibuat pada bulan Mei nanti.

Ianya bertujuan bagi merangsang perkembangan ekonomi domestik yang sedikit terkesan akibat wabak Covid-19.

TARIKH BAYARAN BSH FASA 2 MAC 2020
Untuk makluman, setiap tahun pembayaran BSH akan dibuat pada bulan Januari, Mei dan Ogos.

BSH 2020 fasa 1 telah selesai dibayar pada 20 Januari lepas.

Manakala baki akan dibayar pada Fasa 2 yang diawalkan bulan Mac.

Tarikh pembayaran BSH fasa 3 masih belum diumumkan secara rasmi namun kami mengjangkakan ianya akan dibayar pada bulan Ogos memandangkan kerajaan telah menyediakan dana tambahan RM150 untuk setiap penerima BSH yang akan dikreditkan pada bulan Mei nanti.

Tarikh rasmi BSH fasa 2 masih belum diputuskan.

Kami akan kemaskini sebaik mendapat maklumat rasmi daripada portal LHDN atau Kementerian Kewangan.

PERMOHONAN BARU & KEMASKINI

Umum mengetahui permohonan baru / urusan kemaskini BSH telah pun dibuka pada 1 Februari sehingga tarikh tutup 15 Mac 2020.

Permohonan Baru

Cara Kemaskini

Sekiranya anda layak, sila mohon secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my

Atau secara manual di mana-mana kaunter LHDN berhampiran.

Kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat berikut:
  1. Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  2. Alamat surat menyurat terkini dan emel
  3. Nombor telefon bimbit dan rumah
  4. Maklumat akaun bank
  5. Maklumat pasangan dan tanggungan
  6. Maklumat waris

PAKEJ RANSANGAN EKONOMI 2020

Selain pengumuman tarikh BSH fasa 2, Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengumumkan beberapa maklumat penting.

Antaranya; pengurangan kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada tujuh peratus.

Selain itu, kerajaan juga akan menyalurkan dana RM10 juta kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menyediakan kemudahan simpanan makanan supaya harga dapat dikurangkan.

10,000 usahawan tempatan yang menjual produk dan barangan di platform e-dagang turut akan menerima geran sebanyak RM1,000.

Malah, peruntukan tambahan RM20 juta turut diberikan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) bagi menaik taraf Pusat Internet Desa kepada hab e-dagang.

Untuk teks ucapan lengkap Pakej Ransangan Ekonomi 2020, anda boleh download di sini.


2 comments:

  1. We still have not received anything.

    ReplyDelete
  2. Saya nak tahu bayaraqn bpn kalau suami isteri boleh apply kedua2 nya. Atau suami sahaja

    ReplyDelete