Bantuan Sara Hidup Fasa 3 ~ Tambahan RM120 Seorang / Permohonan Baru & Kemaskini - Kerjaya Harian

Breaking

Wednesday, July 29

Bantuan Sara Hidup Fasa 3 ~ Tambahan RM120 Seorang / Permohonan Baru & Kemaskini


Berikut adalah tarikh bayaran BSH fasa 3 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Melalui laporan media, bayaran BSH terakhir tahun ini akan dibuat sebelum hujung bulan Julai.

Permohonan rayuan BSH pula boleh dibuat bermula 7 Ogos sehingga 6 September di mana-mana cawangan LHDNM berhampiran anda.

Bagi permohonan rayuan secara online hanya dibuka untuk pemohon yang berstatus tidak lulus bagi kod-kod tertentu sahaja.

Seperti semua sedia maklum, penerima kategori isi rumah juga akan menerima tambahan bantuan RM120 bagi setiap anak berusia bawah 18 tahun dengan maksima empat orang anak.

Pembayaran BSH fasa 2 telah pun bermula 16 Mac lepas.

Manakala bantuan BPN telah selesai dikreditkan ke akaun pemohon sepanjang bulan Mei lepas.

Tarikh Bayaran BSH Fasa 3 Julai 2020

Untuk makluman, setiap tahun tarikh bayaran BSH akan dibuat pada bulan Januari, Mei dan Ogos.

BSH 2020 fasa 1 telah selesai dibayar pada 20 Januari lepas.

Manakala baki akan dibayar pada Fasa 2 yang diawalkan bulan Mac.

Kemaskini: Kami mendapat maklumat awal daripada ramai penerima BSH mengatakan bayaran BSH melalui BSN telah pun masuk ke akaun masing-masing. Kini kami sedang menunggu maklumat rasmi daripada LHDNM.

Tarikh pembayaran BSH fasa 3 masih belum diumumkan secara rasmi namun kami mengjangkakan ianya akan dibayar pada bulan Ogos memandangkan kerajaan telah menyediakan dana tambahan RM150 untuk setiap penerima BSH yang akan dikreditkan pada bulan Mei nanti.

Tarikh rasmi BSH fasa 2 masih belum diputuskan.

Kami akan kemaskini sebaik mendapat maklumat rasmi daripada portal LHDN atau Kementerian Kewangan.

Permohonan Baru & Kemaskini

Umum mengetahui permohonan baru / urusan kemaskini BSH telah pun dibuka pada 1 Februari sehingga tarikh tutup 15 Mac 2020.

Sekiranya anda layak, sila mohon secara online di portal rasmi bsh.hasil.gov.my

Atau secara manual di mana-mana kaunter LHDN berhampiran.

Kemaskini hanya perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat berikut:
  • Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
  • Alamat surat menyurat terkini dan emel
  • Nombor telefon bimbit dan rumah
  • Maklumat akaun bank
  • Maklumat pasangan dan tanggungan
  • Maklumat waris

Pakej Ransangan Ekonomi 2020

Selain pengumuman tarikh BSH fasa 2, Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad turut mengumumkan beberapa maklumat penting.

Antaranya; pengurangan kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada tujuh peratus.

Selain itu, kerajaan juga akan menyalurkan dana RM10 juta kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menyediakan kemudahan simpanan makanan supaya harga dapat dikurangkan.

10,000 usahawan tempatan yang menjual produk dan barangan di platform e-dagang turut akan menerima geran sebanyak RM1,000.

Malah, peruntukan tambahan RM20 juta turut diberikan kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) bagi menaik taraf Pusat Internet Desa kepada hab e-dagang.

Untuk teks ucapan lengkap Pakej Ransangan Ekonomi 2020, anda boleh download di sini.

No comments:

Post a Comment