Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan telah menambahkan Bantuan Khas E-wallet RM 50 secara one-off bermula 2021 kepada RM 100.
Dengan peruntukan 75 juta ringgit yang akan melibatkan 1.5juta belia di seluruh negara. E-wallet belia ini mengutamakan agenda keterangkuman pembangunan belia dan sukan.
Syarat Kelayakan Bantuan E-Wallet
Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun sehingga tidak lebih daripada 20 tahun.
- Peljar IPTA dan IPTS layak tanpa mengira umur.
- Memiliki salah satu aplikasi perkhidmatan untuk penebusan bantuan seperti Grabpay, Boost atau TNG e-wallet
Cara Membuat Permohonan
- Tiada permohonan bersurat atau pergi ke mana-mana pejabat kerajaan diperlukan.
- Bantuan ini akan anda terima sekiranya anda memuat turun/download salah satu daripada tiga aplikasi di atas.
- Setelah itu, anda perlu mendaftar akaun atau verifikasi akaun menggunakan kad pengenalan anda.
- Mengisi segala butiran yang diperlukan.
Nota!
Sekiranya anda layak bantuan boleh di ambil terus dengan menggunakan verifikasi kad pengenalan anda. Semoga berhasil.
No comments:
Post a Comment